Ada tujuh hari didalam seminggu. 5 hari bekerja dan 2 hari untuk cuti. Namun, kadangkala, atas desakan atau tuntutan hidup, ada yang terpaksa bekerja hingga ke hari sabtu dan ahad.

Seorang kawan pernah berjenaka, “hanya bangla bekerja pada hari sabtu”. Lawak ini agak keterlaluan, malah sangat meng-senstitifkan. Lantaran itu, kami merancang untuk tidak bekerja pada hari sabtu dan ahad. Oleh itu, perancangan kerja sangat penting dan kritikal. Maka lahirlah idea “Meeting Monday”.

Meeting Monday

Di secretlab, kami mengamalkan Meeting Monday. Apakah Meeting Monday? Berikut adalah soal jawab tentang Meeting Monday untuk kefahaman yang pantas.

Q : Apakah Meeting Monday?
A : Perancangan adalah hakikat Meeting Monday. Boss akan merencanakan pergerakan company untuk minggu itu berdasarkan rencana yang telah ditakdirkan.

Q : Mengapakah ia tidak dinamakan Monday Meeting?
A : Kita bertemu Isnin. Kerana, Isnin adalah hari pertama kerja. Maka kebiasaannya Isnin adalah hari yang tidak disukai ramai kerana Isnin datang selepas Ahad. Ahad adalah hari kita bergembira dan melupakan masalah dunia. Maka dalam bertemu isnin, kita harus pastikan yang kita bertemu isnin dengan hati yang bersemangat. Isnin adalah kepala hari – hari kerja. Jika isnin dimulakan dengan berjaya, saya pasti minggu itu adalah minggu yang bermanfaat. Energy yang terhasil pada hari isnin boleh membentuk dan mempengaruhi pola dan mood bekerja. Kita mahu staff berfikiran yang Isnin bukan hari untuk meeting tetapi isnin adalah hari pertemuan keluarga secretlab. Pertemuan perlu ada untuk perpisahan. Pertemuan akan memupuk kecintaan dan kecintaan akan membawa kita kepada sifat redha dan ikhlas. Bagaimana untuk bertemu isnin dalam hati yang terbuka akan dibincangkan kelak.

Q : Bilakah Meeting Monday akan diadakan?
A : Meeting Monday dijalankan pada setiap hari Isnin, jam 10 pagi hingga 11 tengahari didalam suasana santai kekeluargaan.

Q : Apakah yang akan terjadi jika hari isnin itu cuti, atau boss ada meeting lain?
A : Meeting Monday akan dilakukan pada pagi selasa.

Q : Jika Boss mempunyai meeting lain pada hari Selasa?
A : Meeting Monday akan dilakukan pada hari Rabu dan bagi menjawab persoalan anda jika anda bersoal lagi, Meeting Monday akan tetap dijalankan kecuali dunia kiamat atau Malaysia diserang musuh. Sepanjang tahun ini, kita pernah membuat Meeting Monday walaupun pada hari Khamis.

( Meeting Monday akan dikenali sebagai MM selepas ini )

Q : Siapakah yang hadir didalam MM ?
A : Semua ahli secretlab.media termasuk student internship. Tiada pengecualian.

Q : Bolehkah anda terangkan apa yang berlaku didalam MM?
A : Pada waktu pagi yang indah itu, kita akan mulakan MM dengan suasana yang bahagia. Ini penting untut menuntut keikhlasan masing-masing. MM dibahagikan kepada beberapa segmen. Pertama adalah SOMETHING TO THINK ABOUT. Di sini boss akan membawa beberapa input / idea baru dari segala aspek. Didalam segmen ini, idea-idea baru dari sekitar dunia yang wujud dikongsi bersama staff supaya staff sentiasa update dengan idea, trend, ilmu terkini dunia. Keterujaan untuk hidup akan dipupuk disini. Seolah-olah, matlamat hidup merasuk kita untuk kerja dengan hebat.

Segmen seterusnya adalah RESOURCES. Di sini boss akan meng-reveal resources2 berguna yang ada di internet atau buku.


Atas : secretmanage

Setelah mood staff dinaikkan dengan hype terkini, tibalah masa kepada tulang belakang MM iaitu segmen PROJECT UPDATE. Melalui software secretmanage, setiap projek yang sedang berjalan akan diupdate oleh setiap staff termasuk desgner-designer. Di sini staff akan diberi tahu akan tanggungjawab masing-masing untuk apa yang patut dan kritikal dilakukan pada minggu itu. Sifat integrasi sangat penting disini supaya setiap staff faham perjalanan company.


Atas : google calendar

Kami menggunakan google calendar untuk mengisi jadual harian kerana google calendar merupakan antara tool yang power secara network. Sebagai contoh, jika Muzammil, SLM009 harus membuat interface design pada hari rabu untuk projek CD Sapura, maka kita akan tanda 850 : SLM009 : Interface Design, dimana 850 adalah nombor projek.

Seterusnya setelah staff terasa beban didada dengan tugas-tugas yang telah diberitahu, tibalah segmen terakhir iaitu FAMILY MATTERS dimana hal-hal keluarga secretlab akan dibincangkan. Antara yang biasa dibincangkan adalah movie apa yang harus kita tonton minggu ini atau bila kita nak buat lawatan atau bila boss nak belanja makan.

MM diakhiri dengan segmen SUMMARY selepas segmen Q&A dimana setiap staff akan diberi peluang untuk bertanya atau menyatakan sebarang idea / pendapat / tidak puas hati kepada boss dan seumpamanya.

Q : Berapakah tempoh masa bagi MM?
A : Satu jam yang effisien. Lebih dari itu mungkin kita sudah terperangkap dalam hal-hal yang tidak bermanfaat atau perbualan lawak yang keterlaluan.

Q : MM seakan satu rutin terpenting bagi Secretlab. Adakah terdapat kemungkinan MM dijalankan di lokasi yang berbeza?
A : Kami pernah cuba video conference dimana kami di sabah sedangkan staff di office. Staff akan menyediakan projector di office dan berkumpul untuk mendengar amanat boss. Anda boleh rujuk post sebelum ini untuk mengetahui secara lanjut.

Q : Apakah harapan anda kepada staff secretlab dengan wujudnya MM?

A : Keikhlasan dan redha penting dalam menjalankan tugas sebagai manusia. Manakala sebagai staff secretlab, kebijaksanaan dalam menjalankan kerja penting bagi menjayakan projek. Ini adalah kerana secretlab terdiri dari lapan orang designer/programmer. Kita tidak mempunyai 30 staff. Kerjaya Multimedia menuntut pengorbanan yang tinggi lebih-lebih lagi masa. Ini adalah kerana kita berada di bidang yang subjektif. Maksud saya untuk meyakinkan client bahawa kombinasi oren dan biru sangat hebat memerlukan pengajian dan keyakinan yang mendalam. Saya berharap dengan adanya MM, staff akan faham tugas masing-masing dan cuba untuk mencapai matlamat dan amanah yang telah diberikan walaupun keadaan sangat mendesak.

Q : Apakah extension bagi MM (jika ada)?
A : Dari segi fizikal, MM boleh dilakukan di luar office jika kita sudah bosan dengan rutin. Paling dekat, di luar bilik saya dimana kita mempunyai taman hijau berlatar belakangkan hutan. Jauh sedikit, kita boleh mengadakan MM di Jusco atau Sunway Pyramid namun kerana masa sangat mencemburui kami, kami belum pernah mengadakan MM diluar ofis.

Dari segi spiritual, MM diselang seli dengan presentation input yang baru. Maksud saya disini, kadang-kadang kita menjemput kawan-kawan kita yang lain sama ada didalam atau industri yang berbeza untuk memberi input. Komunikasi adalah essence bagi sebuah kumpulan kecil. Bertukar pendapat merupakan praktik yang sihat.

Kesimpulannya, MM bukan satu method mesyuarah yang tipikal dimana hati staff biasanya bosan dengan perkataan “meeting”. Komunikasi satu hala bukan amalan kita di Secretlab dan untuk itu, staff bebas mengutarakan apa saja idea yang bernas kerana saya percaya ilham diturunkan tuhan kepada semua manusia.

Lain2 Keperluan untuk MM :

- Projector
- Laptop
- Buku Nota untuk catatan oleh staff
- Weekly presentation by Boss
- Ilham yang bermanfaat yang telah diseru pada hari ahad
- Hati yang terbuka dengan kadar semangat yang maksimum


1 Response to “What is Meeting Monday?”

  1. 1 lamje

    salam..geng! aku tak tau dari mana kau dapat idea MM nie, tapi similarly in military,esp kat unit aku PUTD, kami ada Morning Prayer every Isnin,walaupun ianya kekadang delay ke petang tetapi namanya kekal Morning Prayer..begitu jua kalau tunda ke hari Selasa..

    Idea MM nie bagus..aku support untuk kau kekalkan sebagai rutin company..
    in fact, idea Morning Prayer in The Army aku nak bawak ke dalam syarikat aku bila aku bersara dari ATM kelak.. banyak kelebihannya..
    GOOD LUCK Bro…

Leave a Reply





Subscribe

Subscribe to my RSS Feeds