Apabila Apple meng-upgrade Mac OS Tiger kepada Mac OS Leopard, features terbaru yang merasuk kami adalah iChat (1)  yang lebih mengujakan. Lantas baru – baru ini sempena dengan pra  annual meeting secretlab, (yang telah dibrandingkan dengan nama “Pre-Rejuvenate 2009″), kami telah menggunakan medium iChat untuk membuat simulasi perbincangan online  atau Online Meeting Simulation. Konsepnya adalah, berkomunikasi secara online (2) sambil membincangkan satu topik lantas membuat satu presentasi.

Sebelum anda dinikmatkan dengan kemudahan video chat terbaru ini, harus difahamkan dahulu :

a. Meeting online adalah meeting diantara 2 pihak yang berjalan di 2 lokasi yang berbeza
b. secara online
c. boleh kongsi file presentation seperti keynote / pdf / jpeg / video

Namun untuk simulasi ini, kami duduk bertentang mata. Berikut adalah contoh snapshot visual iChat diantara kami.

Ini pula snapshot semasa Azrai membuat presentasi menggunakan keynote. ( ala2 powerpoint )

Berikut adalah keadaan sebenar yang berlaku ketika presentasi. Sepatutnya secara simulasi ideal, kami harus berada di lokasi yang berbeza. Namun kesukaran untuk mencari kawasan WIFI menyebabkan kami berimaginasi yang kami berada diruang yang berbeza.

Hasil Eksperimen

Hasil dari perlakuan simulasi ini didapati bahawa iChat sangat efektif dalam melaksanakan Online Meeting. Namun beberapa hal harus diambil kira:

a. Paling mudah antara Mac user sahaja, kecuali anda install iChat dalam window. Bolehkah kita install iChat dalam windows?

http://forums.pcworld.co.nz/showthread.php?t=86311

Namun cara yang lebih mudah adalah mac user menggunakan iChat manakala windows user menggunakan AIM.

b. Boleh rekod perbincangan namun secara misteri, file yang telah direkod tidak dijumpai.

c. Perbincangan 2 hala sahaja ( Khairulazizi + Azrai ). Perbincangan 3 hala ( khairulazizi + Azrai + secretlab ) kami belum cuba sebab ketika ini tiada seorang staff secretlab pun di ofis.

d. Kadangkala connection failure akibat dari kerendahan bandwith provider di lokasi.

Bacaan Lanjut:
(1) http://www.apple.com/macosx/features/ichat.html

(2) http://www.mvldesign.com/video_conference_tutorial.html


0 Responses to “Online Meeting Via iChat”

  1. No Comments

Leave a Reply





Subscribe

Subscribe to my RSS Feeds