review filem : HANCOCK
1 Comment Published by ahmadzombie August 6th, 2008 in school of film & animation.
Ada beberapa tauladan dari filem Hancock yang saya kira mengangkat filem ini ke satu level diluar norma kebiasaan. Pertama adalah tentang perspektif superhero itu sendiri.
1. Perspektif
“Hancock” adalah satu filem yang melawan arus mainstream. Jika nilai kecintaan dan sukanya kita kepada superhero dipupuk melalui Batman, Ironman, Spiderman, Ninja Turtle, Doraemon, Sailormoon dan lain2, hanya kumpulan manusia tertentu sahaja yang boleh menerima Hancock. Seorang superhero yang sudah hidup beribu tahun lamanya, sangat lonely, tidak mempunyai matlamat hidup, pemalas dan pemabuk serta menangani jenayah melalui firasat suka hati tanpa mengira kehancuran orang lain, hasilnya telah membawa seribu kebencian oleh masyarakat terhadap Hancock sendiri.
Idea filem ini adalah mengubah perspektif kita terhadap superhero. Superhero dibenci masyarakat, superhero yang membawa lebih banyak kemusnahan dari kebaikan, dan yang paling penting sekali, tidak best langsung jadi superhero sebenarnya.
Sekiranya kita datang menonton Hancock untuk melihat kehebatannya menentang penjahat, anda tersilap panggung.
Perspektif kita tentang superhero, di-reformat!
2. Reformat
Untuk itu, kebetulan, orang yang telah diselamatkan Hancock, Ray seorang mamat PR membawa satu idea baru supaya Hancock diterima masyarakat semula. (rujuk layar-lara filem ini). Lantas dia membawa satu usul baru iaitu “rebranding” Hancock. Antara tuntutan “rebranding” ini adalah cara pakaian Hancock, public interaction Hancock, cara landing dan yang paling penting sekali adalah, meng-reformat pemikiran Hancock dengan menukar perspektifnya tentang kehidupan. Ini adalah yang paling tinggi cabarannya.
Apabila kita mengubah perspektif kita tentang sesuatu perkara, kita sedang meng-reformat pemikiran kita tentang perkara itu!
3. Pemikiran
Hancock adalah seorang superhero dalam kelas eksklusif. Dalam filem ini, Hancock sebenarnya lupa diri / hilang ingatan. Kerana itu dia tidak tahu asal usulnya. Dia tidak tahu matlamat hidupnya. Dia tidak tahu untuk apa dia hidup. Dan dia tidak tahu mengapa perlu hidup. Lantas apa yang termanifest dari pemikirannya adalah satu lagak tidak ikhlas. Sebagai contoh, ya, dia menyelamatkan manusia tapi cara penyelamatannya itu sangat sambil lewa dan pegi mampus orang lain. Pemikiran adalah kunci kepada segala akses di dalam duniawi ini. Dan akal merupakan satu kuasa yang membawa pemikiran ke satu tahap yang lebih maju lantas memanifestasikan seorang insan dalam fungsi yang tersempurna.
Akal sangat kritikal dalam memacu pemikiran.
4. Akal
Dengan akal, Ray mengubah Hancock menjadi superhero yang disukai ramai. Dengan akal, Ray mengubah masyarakat menyukai Hancock sebagai seorang superhero. Persoalannya disini, siapa yang lebih hero sebenarnya?
Oleh itu akal adalah satu anugerah yang tertinggi martabatnya diantara kejadian lain. Dalam siri penciptaan imej-imej tuhan, akal adalah yang terawal diciptakan selain daripada cahaya (nur) dan qalam. Tuhan mencipta iman dan nafsu selepas akal. Sekiranya seseorang itu boleh menidakkan keupayaan akal dalam kehidupan dan pengetahuan, adalah kerana dia tidak berupaya menggunakan akalnya dengan betul.
Akal yang lemah dikawal nafsu. Hancock mungkin ada sedikit kelemahan mengawal akal kerana nampak gayanya dia dikawal nafsu. Namun itu adalah hakikat kejadian manusia. Kita dapat melihat bagaimana Adam terpesona dengan tipuan nafsu. Kelemahan Adam sebagai seorang lelaki adalah kerana Hawa sebagai seorang perempuan.
Setinggi mana pemikiran manusia yang dipacu oleh akal yang mantap, manusia tetap ada kelemahan.
5. Kelemahan
Kelemahan Hancock adalah Mary, isteri Ray. Twist diakhir cerita rupanya Mary juga se-kejadian macam Hancock. Mary juga superhero dan secara teknikal, Mary adalah isteri Hancock sejak beribu tahun dulu lagi. Rupa-rupanya superhero seperti mereka ini akan hilang ke”superhero”annya apabila mereka bercinta dan hidup bersama. Cinta mengubah mereka menjadi manusia biasa. Ini digambarkan dalam filem bila Hancock ditembak dan dikejarkan ke hospital kerana cedera parah. Kuasanya semakin hilang apabila hatinya semakin rapat kepada Mary. Begitu juga Mary.
Adakah cinta menyebabkan manusia lemah? Saya rasa tidak. Cinta menyebabkan manusia adalah manusia. Jika manusia tidak mempunyai cinta, maka ia bukan manusia. Ia boleh jadi kereta, atau laptop. Tetapi tidak juga. Hatta kereta juga memerlukan cinta. Masakan kereta kita boleh eksiden dikala kita baru berniat untuk tukar kereta baru? Masakan laptop kita hilang dikala kita mahu membeli laptop baru?
Oleh itu kesimpulan yang paling dasar adalah cinta menyebabkan makhluk itu adalah makhluk. Jika tidak kerana cinta, tentu tidak ada makhluk langsung pada awalnya. Cinta menyebabkan kita bernafas hari ini. Cinta menyebabkan kita bernama manusia. Kerana manusia itu lemah, maka manusia memerlukan cinta.
Siapa yang tidak memerlukan cinta? Sesuatu yang tidak lemah malah maha sempurna. Siapa yang maha sempurna?
Lantas bayangannya dipersembahkan oleh Hancock. Di akhir cerita, untuk terus hidup dan menjadi superhero, Hancock menafikan cinta. Hancock meninggalkan Mary.
Oleh kerana itu telah saya katakan tadi, Hancock adalah sebuah filem yang melawan arus dalam segala segi, sebuah filem yang diluar norma kebiasaan. Namun, apa yang terkandung didalamnya adalah satu rahsia yang sangat tinggi dan suci.
Rahsia cinta.
Itulah rahsia yang diukir oleh Hancock pada bulan yang menjadi satu kiblat bagi semua makhluk pada setiap zaman.
Highly recommended by ahmadzombie2
Bacaan Lanjut :
http://www.imdb.com/title/tt0448157/
en.azizi!
saya dah tgk hancock jgak. best kann ..
tapi tak terpikir nak buat review sepanjang en.azizi.huhu
anyhoo..i agree with the last conclusion – rahsia cinta
=)
erm, en azizi, saya ada something nk discuss pasal design moodadih saya dulu tu.. nanti saya msg en.azizi
=)