Kebuntuan dalam statik.
0 Comments Published by kasih syuhada April 10th, 2008 in school of consciousness, school of intuitive language.Kepercayaan adalah statik. Namun kebenaran, tidak wujud sedemikian rupa. Bermaksud, kepercayaan tidak boleh berubah. Tidak boleh bertukar rupa. Tidak boleh bersifat “inconsistency”. Manakala, kebenaran, wujud dalam kepelbagaian. Atau terzahir dalam “multiplicity”. Atau, boleh wujud dalam keadaan “inconsistency”. Ini kerana kebenaran ter-manifest dalam pelbagai rupa. Setiap saat pasti ada kebenaran. Setiap waktu pasti terbit kebenaran. Hanya kumpulan manusia yang diberikan sensitiviti yang tajam dapat melihat kebenaran setiap saat. Benarkah begini?
Metaforanya mudah. Sinonim selalu dikaitkan dengan cahaya. Maka cahaya adalah penyuluh jalan. Orang yang buntu harus keluar dari kotak atau garisan khayal yang membantut visual rohaninya. Dalam erti kata lain, orang yang buntu mengalami kegelapan hati dimana dia tidak berupaya untuk melihat jalan yang terang kerana tidak ada cahaya.
Sekiranya kita membantah bahawa kebenaran tidak terbit setiap saat, maka kita adalah sebahagian dari pengikut mazhab yang tidak mempercayai bahawa cahaya boleh mencapai di mana – mana keadaan di alam realiti ini. Sebagai contoh yang paling lemah : disuatu malam, duduklah didalam bilik yang berlampu. Kemudian matikan lampu dan alami pencerahan. Dari mana datang cahaya itu? Dari mana datang nur itu?
Menjawab persoalan begini adalah satu fasa. Memahami adalah satu fasa lagi. Memikirkannya, atau terfikir akannya, adalah fasa permulaan.
Keranakan di alam ini tiada tempat yang tidak tercapai oleh cahaya, adalah mustahil dan sangat murtad untuk mengatakan kebenaran tidak terbit setiap saat. Kebenaran tidak terbit setiap saat kerana kita menolak kewujudannya. Kebenaran bukan hanya di masjid, tetapi kebenaran ada di kelab malam. Kebenaran bukan hanya di perkumpulan usrah, tetapi kebenaran terbit di perkumpulan rempit.
Hanya, bagaimana kita melihat kebenaran dan mengumuh sesuatu yang bermanfaat darinya adalah proses memahami kejadian yang sangat nafsu untuk kita alami, dan kita ketahui.
Kegagalan kita memahami, atau kegagalan kita berfikir untuk menerima kebenaran adalah satu yang sangat rugi malah menyesatkan. Kerana itu, yang paling malang bagi orang yang berfikir kuat namun tidak dapat melihat apa yang mendatang boleh dikiaskan sebagai, kebuntuan dalam statik.
Kepercayaannya yang teguh, bahayanya bila membutakan hatinya. Statik yang membuntukan, memajakkan kaki hatinya untuk keluar dari garisan ilmu lantas terperangkap ia dalam satu pusingan yang berulang -ulang. Katanya mungkin deejavu tetapi realitinya dia tidak kemana-mana. Cahaya yang ada padanya hanya cukup untuk memperlihatkan kesamaran dunia yang penuh helah. Dia tertipu sejak awal lagi sebelum melangkah kaki keluar, untuk pulang.
Bukankah sesuatu yang bergerak itu bermula dengan diam? Dan bukankah jua yang diam itu berakhir dari yang bergerak?
Yang menjadi simpulan bagi persoalan tadi adalah ini cuma : Mencapai statik yang hak adalah bermula dengan kepercayaan yang statik, kemudian terzahir dalam dinamik. Akhirnya pulang kepada asal.

0 Responses to “Kebuntuan dalam statik.”
Please Wait
Leave a Reply